Posts

Showing posts from December, 2025

Baca Al Kahfi elak tipudaya helah dajjal

Bacalah surah Al Kahfi 1-10 setiap hari Dan fahamkan maksudnya agar kita dapat hidayah Allah kenalpasti yang benar dari yang batil. Dalam zaman yang sangat mencabar ini fitnah kebatilan sangatlah halus seperti jarum yang berwarna hitam dalam malam yang gelap. Hanya dengan hidayah Allah saja kita mampu kenal yang benar dari yang palsu. Amalkanlah membaca surah Al Kahfi setiap hari.

Hidup tu pentas ujian

Kawin ujian. Cerai ujian. Tak kahwin ujian. Ada anak ujian. Tak ada anak ujian. Kaya ujian. Miskin ujian. Apa pun selagi kita hidup, ujian terus mendepani kita. Kita semua. Bukan anda sahaja. Bukan saya sahaja. Tapi kita semua.