Posts

Showing posts from 2026

Kenapa nak salawat?

Sebabnya nak bekalan pahala yang banyak sangat untuk dibawa selepas kematian. Barangsiapa salawat ke atas Nabi saw demi untuk agungkan hak Nabi saw maka Allah akan ciptakan daripada ucapan salawatu satu malaikat yang punya kepak yang cecah ke timur dan kepak yang lain ke barat. Malaikat itu diperintah Allah untuk salawat ke atas kita yg bersalawat hingga hari Kiamat.

Rezeki muslim vs non-muslim

Rezeki muslim Barokah cukup dengan yang sedikit Qonaah cukup sekadar yang ada Syukur walau pun sedikit yang penting cukup Solat wajib 5 waktu walau sibuk Cukup rezeki lebih baik dari tak ada langsung, jika terlebih maka zakat, infaq dan waqaf bagi menjamin kesejahteraan tetangga. Rezeki non-muslim Kerja kerja kerja Kerja kuat Ambil risiko walaupun tak sedia Jangan curi tulang walaupun hanya untuk solat Membela pekerja non-muslim tapi pekerja Muslim nak solat pun tak boleh. Materialistic, kaya dikata hasil penat susah walhal Allah yang beri semua tu

Kempiskan perut yang buncit

Makan karbohidrat kompleks. Elakkan makan karbohidrat simple. Secara mudahnya kompleks adalah fiber atau serat. Manakala simple adalah gula. Contoh, roti. Roti kompleks adalah roti grain yang warna coklat (agak kasar ada serat fiber). Roti simple adalah roti putih lembut. Ada roti lembut yang dibubuh coklat, pandan dsn. Serat membantu mencuci usus Dan kawal bakteria baik. Gula hanya menarik bakteria kurang baik dan sebabkan buncit perut. Nak kurus makanlah makanan berserat termasuk buah.

Baca Al Mulk jamin kubur aman selamat

Sebagaimana kita berasa indah hidup didunia begitulah nanti apabila sudah sampai masa kita kena masuk kubur kita mahukan keadaan yang selesa juga. Mampukah kita? Kubur adalah tanah yang digali 6 kaki kebawah adakah sama keadaannya seperti kehidupan dirumah sendiri? Bayangkan. Tentu takut. Jadi seeloknya bayangkan yang indah dengan syarat bacalah surah Al Mulk setiap malam selepas Isyak. Mulalah buat bekalan supaya alam kubur kita taklah ngeri seperti yang dibayangkan melainkan dengan amalan Al Mulk.

Kunci ketenangan & kebahagiaan

Jika nak selamat di alam kubur, bacalah al-mulk. https://quran.com/al-mulk Jika nak selamat daripada fitnah akhir zaman bacalah 10 ayat akhir surah al-kahfi.  https://quran.com/ms/al-kahf/1-10 Jika nak selamat sepanjang hari, bacalah 3 Qul pagi dan petang 3 kali.  https://quran.com/ms/al-ikhlas https://quran.com/an-nas https://quran.com/al-falaq Jika nak selamat di padang mahsyar, bacalah surah Al-Baqarah dan Ali Imran. https://quran.com/al-baqarah https://quran.com/ms/ali-imran