Formula baja paksa buah
Formula baja ni aku jumpa kat grup fesbuk memang rezeki cuma belum sempat mencuba sebab nak cukup resepinya akan ambil masa sikit tengok kelapangan masa masing-masing kan. Cumanya bahan-bahan tu adalah dari dapur sahaja. Ni antara bahan-bahannya bagi membuat 3 liter baja:
1. Air basuhan beras yang telah diperam selama 3 hari, 1 liter
2. Sedikit ajinomoto, separuh sudu
3. Sedikit garam dapur, hujung sudu
4. Serbuk kulit telur yang telah ditumbuk atau kisar halus. Jika tiada kulit telur boleh ganti dengan dolomite.
Campur kesemuanya untuk dijadikan 3 liter cecair disiram sikit pada pokok kecil dan siram banyak pada pokok besar.
Nak tahu apa rahsia setiap resepi? Air basuhan beras membekalkan mikrob efektif. Ajinomoto dan garam membekalkan nutrient dan mineral. Serbuk kulit telur mengandungi kalsium menguatkan batang dan mengawal pH tanah menjadi dari asidik kepada neutral pH6-7. Pada keadaan neutral baru mikrob efektif mampu menjalankan tugas menyuburkan tanah dengan berkesan.
Tanah subur pokok pun sihat. Sila cuba.

Comments
Post a Comment