Nak hidup senang
Orang kata tak senang nak senang. Tapi yang penting adalah semua orang tak mahu hidup susah. Tips utama tak mahu hidup susah adalah jaga solat. Ini kerana orang Islam tak sama nasibnya seperti orang bukan Islam. Mereka telah dibuka pintu seluasnya di dunia namun diakhirat tiada jaminan dan mungkin meringkuk di neraka selamanya. Namun bagi orang Islam kita perlu menjaga mashlahat kehidupan sebagai mukmin bagi mendapat redha Allah. Mengikut hadis Nabi saw hidup kamu orang Islam tak akan susah jika mendirikan solat sunat qabliyah subuh setiap kali sebelum solat fardhu Subuh dengan membaca surah Insyirah pada rakaat pertama dan surah Al Fil pada rakaat kedua disamping menunaikan solat fardhu yang lain. In shaa Allah.

Comments
Post a Comment