Nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Tumbuh subur dimana sahaja tanah keliling rumah yang semua orang selalu pijak. Inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat atau Rumput Kucing. Dia tumbuh tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu dia tumbuh balik. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya. AKAR direbus tiada sukatan. Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya. Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak-kanak lah. Bagi je anak minum. Penyakit hati bengkak atau apa sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan b...