Renew pasport atas talian (renew pasport online)
Berita baik bagi yang dah ada passport tapi bila nak pakai rupa-rupanya dah expired. Korang tau tak sekarang imegresen dah ada sistem MyOnline Pasport. Nak renew passport sekarang dah tak perlu tergesa-gesa nak atur cuti atau keluar pejabat senyap-senyap tanpa pengetahuan bos. Semuanya dah boleh mohon pembaharuan passport secara online cuma bila nak kutip nanti kena la datang ke pejabat imegresen setakat ni belum lagi buka pada runner atau ejen untuk kutip dan hantar.
Dah tak sabar nak tau caranya?
Mula-mula sekali klik portal imigresen-online.imi.gov.my
Kemudian Upload gambar ukuran betul. Jangan risau semuanya ada dinyatakan pada laman web. Boleh guna gambar sedia ada cuma pastikan tak lama sangat gambar tu hingga beza sangat nampak muka tu.
Pastikan Background gambar putih dan memakai baju gelap.
Bayaran sebanyak RM200 bergantung kepada jenis passport yang kita buat boleh dibuat secara fpx.
Setelah lengkap permohonan satu emel akan dihantar sekiranya permohonan berjaya beserta resit. Print resit sebagai bukti.
Kutip pasport bawa pasport asal, resit dan kad pengenalan.
Mudah bukan.
Comments
Post a Comment