Rezeki itu di hati

Jangan engkau mengira rezeki itu hanya berupa sesuatu yang berkaitan dengan badan. Rezeki badan ini akan musnah dan semua manusia akan meninggal dunia dan hartanya akan lenyap. Hakikat rezeki adalah rezeki yang ada di hati. Barangsiapa yang diberikan oleh Allah swt rasa cukup di hatinya maka inilah orang diberikan rezeki yang sebenarnya.

Oleh kerana itu ingatlah firman Allah swt, barangsiapa yang beriman baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman niscaya Dia memberikannya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Dia akan membalas mereka dengan ganjaran yang lebih baik sesuai dengan apa yang telah manusia kerjakan. Boleh rujuk ayat 97 - Surah An-Nahl.

Allah tidak mengatakan Dia akan memberikan harta yang banyak tapi Allah swt mengatakan Dia akan memberikan kehidupan yang baik, hati yang sentiasa merasa senang, kondisi yang nyaman, jiwa yang tenang meskipun dia tidak makan sehari semalam kecuali hanya sekali sahaja.

Namun itulah orang yang diberikan kesenangan dan kebahagiaan inilah kehidupan yang sesungguhnya yakni kehidupan yang baik.

Kredit - Syaikh Ibn Utsaimin Rahimallahu.

Rezeki paling berharga itu bahagia dan bahagia tu terletak di hati. Letaklah Allah swt di hati. Letak material di hati maka lain jadinya.

Dunia hari ini penuh dengan manusia yang mempunyai hati yang tidak merasa selamat, takut, anxiety disorder, depresssion, stress, overthink, gelisah yang berlebihan, dan pelbagai lagi ciri-ciri ke arah mental health disorder.

Puncanya mungkin disebabkan kurangnya ilmu. Bila kurang ilmu di dada jadi pengaruh luar mudah sangat masuk ke dalam minda serta meresap jauh ke dalam jiwa. Hidup ibarat ikan dilaut yang sentiasa memelihara badannya agar tidak menjadi masin, ikan menjadi masin hanya apabila mati dan jadilah ia ikan masin. Manusia itulah serupa ikan masin mudah sangat terpengaruh macam dah mati jiwanya walaupun orangnya masih hidup.

Dalam zaman serba canggih, kemajuan diukur dengan cara yang fizikal dan material. Majikan mengejar KPI ikut keperluan semasa. Ibubapa bekerja mengikut arus kemahuan majikan. Anak-anak dibentuk dengan didikan ibubapa. Dalam rantaian kehidupan ini perlu sangat adanya ilmu untuk menapis atau memurnikan nilai-nilai kehidupan supaya tidak berat sebelah kepada material sahaja.

Ilmu perlu dicari dan dituntut untuk dijadikan sebagai panduan hidup. Tiada ilmu tiada pedoman maka halatuju kehidupan pun akan hanyut tak tahu mana yang betul mana yang salah. Di sinilah puncanya mental manusia dah tak boleh nak buat keputusan dengan betul.

Apa yang betul? Agama. Kembali kepada Tuhan.

Hidup berkecukupan jadi qanaah. Rezeki bukan duit semata. Bahagia rezeki. Kesihatan rezeki. Kelapangan rezeki. Batasan hidup lelaki perempuan. Adab dalam perhubungan, memberi pandangan dan tabayyun sebelum menyebarkan maklumat. Menilai kehidupan dengan munasabah dan bukan dari cakap-cakap orang (netizen). Kukuhkan pegangan supaya tak goyang bila terima gosip atau berita palsu. Banyak sangat ilmu dalam Islam yang boleh memimpin umat agar dapat amalkan gaya hidup sihat termasuk menjaga kesihatan minda.

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan