Racun serangga perosak secara organik tanpa kimia
Simple dan cepat. Tak sampai 5 minit dah siap. Namun kesannya sangat power.
Untuk kawalan organik, kita akan guna pati cili padi + bawang putih + halia.
Cara buat pati ni sangat-sangat mudah. Untuk kapasiti 10 liter, bahan-bahannya:
- Cili padi masak 50 biji.
- Bawang putih 10 ulas. Buang kulit ya.
- Sedikit halia. Main agak-agak je, lebih kurang sama berat dengan bawang putih.
- Air bersih 1 + 9 liter.
Cara buatnya cukup senang.
Masukkan cili padi, bawang putih dan halia ke dalam blender.
Kemudian masukkan 1 liter air ke dalam blender tersebut.
Kisar hingga lumat. Biarkan 2-3 minit.
Lepas tu tapis. Ambil cecair sahaja.
.
Cara nak guna pulak macam ni,
- Masukkan 9 liter air ke dalam alat penyembur.
- Masukkan semua pati tadi ke dalam alat penyembur.
- Masukkan 30 ml mol subur (nisbahnya 3 ml mol / 1 liter air).
- Masukkan 30 ml mol ikan (nisbahnya 3 ml mol / 1 liter air).
- Kacau hingga sebati. Biarkan 2-3 minit.
Spray pada keseluruhan daun. InsyaAllah pokok kita nanti akan bebas dari perosak.
Comments
Post a Comment