Elak stress dengan besarkan Allah, kecilkan masalah boleh kasi selesai

Dalam zaman yang bergerak serba pantas, kita seringkali terpedaya dengan arus kehidupan yang bergerak tanpa henti tanpa memberikan kita peluang untuk berfikir sejenak untuk muhasabah diri atau ambil masa untuk merenung termenung memikirkan tentang banyak perkara.

Setiap langkah kehidupan yang diambil kadangkala terburu-buru tanpa sempat mengambilkira banyak sudut pendapat samada dari manusia malah ada yang mengabaikan Tuhan hanya kerana membuang masa katanya. Solat dan beribadah seperti biasa cumanya jiwanya tetap percaya pada usaha manusia semata.

Kehidupan ini pada sesetengah orang cuma kehidupan yang mekanikal. Semuanya amat teknikal dan bergantung kepada strategi. Ini menjadikan dunia hari ini sangat materialistik dan menekan kehidupan bagi yang menganggap dunia ini monster yang setiap hari hanya mencari mangsa. Maka semakin hari semakin ramai yang mengalami penyakit mental, anxiety disorder, panic attack dan pelbagai lagi penyakit emosi kerana tidak tahu bagaimana nak menghadapi dan melayani minda serta menenangkan diri sendiri.

Ada juga yang mengambil dadah kerana hanya semata-mata untuk melupakan masalah kehidupan seharian tapi akhirnya hanyut dalam ketagihan. Setiap dari kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar tahu bagaimana nak menyalurkan tekanan agar menjadi lebih mudah untuk diurus oleh minda manusia yang rapuh.

Bila kata ilmu tak semestinya ilmu itu psikologi atau ilmu sains juga tapi termasuklah ilmu spiritual islamik yang bersandarkan ketuhanan. 

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan