Kitar semula makanan tugas semua lapisan masyarakat
Mengelakkan pembuangan lebihan makanan adalah satu langkah berkat dalam hidup. Dalam zaman serba mudah makanan sangat mudah diperolehi dimana-mana. Makanan di beli atau dimasak setiap hari pada masa yang sama lebihan makanan sedia ada samada masih tersimpan dalam peti sejuk atau dibuang sahaja ke dalam tong sampah. Namun ditempat yang lain kebuluran dan kemiskinan masih ada dan tersembunyi.
Ketidakseimbangan ini terjadi secara terus terusan. Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing yang boleh di perjuangkan dan tidak perlu tunggu NGO atau kerajaan untuk laksanakan. Setiap orang samada di setiap rumah, gerai jual makanan, kedai makan, restoran, hotel dan sebagainya perlu berfikir dan bergerak untuk hasilkan satu tindakan close loop waste management di tempat masing-masing.
Pertamanya makanan harian perlu disediakan dalam jumlah yang secukupnya untuk dimakan pada hari yang sama. Jangan salah faham dengan sediakan makanan sampai kenyang perut secukup-cukupnya sampai tak cukup perut nak simpan. Bukan pula bermakna kita makan ala kadar. Makanlah sedap mana pun tapi bukan membazir.
Keduanya makanan yang masih elok sepatutnya tidak dibuang malah boleh di perhabiskan dengan samada sedekah kepada orang yang memerlukan atau kita sendiri makan sampai habis.
Ketiga, jika masih tak larat nak habiskan jangan dibuang dalam tong sampah dengan sampah yang lain. Asingkan dan kemudian buat rawatan pada sampah atau sisa makanan dengan belajar beberapa teknik kompos.
Beli satu kotak polystyrene yang besar. Kat Lotus pun ada. Tebuk beberapa lubang pada dasar kotak. Cari satu kawasan belakang rumah dan gali lubang ikut saiz tapak kotak polystyrene tadi. Tanam kotak polystyrene tu dalam lubang tanah.
Sisa makanan boleh terbahagi kepada beberapa jenis macam nasi, sayur, tulang, daging, kulit telur dan sebagainya. Daging seeloknya diberi makan pada kucing jalanan. Kulit telur asingkan dalam bekas yang lain kerana boleh jadi sumber kalsium pada tanaman. Jadi hanya nasi, sayur dan bahan yang mudah mereput dan sewaktu dengannya sahaja yang sesuai untuk masuk kotak polystyrene.
Memandangkan kotak polystyrene ni dah dilubangkan di bahagian bawahnya jadi ada ia akses terus kepada mikrob tanah bagi tujuan pengkomposan sisa makanan. Oleh kerana kotak ini ditutup dengan penutup polystyrene jadi tiada bau busuk yang akan keluar kerana penutup dan kotak adalah kedap.
Secara semulajadinya sisa makanan ini akan mengkompos sendiri dengan mikrob dari tanah. Kadangkala ulat sampah akan tiba-tiba muncul. Jangan bimbang. Itu memang kejadian semulajadi ulat-ulat ini akan mempercepatkan sisa makanan menjadi kompos. Ada masa juga black solder fly akan muncul entah dari mana dan ulat larva akan memakan segala sisa dan menukarkannya kepada kompos. Kotak polystyrene yang kedap dengan penutup akan mengawal aktiviti ulat-ulat ini terhad di dalam kotak sahaja. Kita boleh tambah sisa makanan dari semasa ke semasa.
Kompos ini kemudian boleh dijadikan sebagai baja dan letak pada tanaman di halaman rumah. Dengan cara ini kotak tidak akan penuh dan boleh sentiasa diletak sisa makanan yang baru.
Bagi pihak restoran dan hotel pula seeloknya sediakan mesin kompos sisa makanan kerana jumlah sisa yang dihasilkan banyak dan memerlukan mesin yang boleh memproses dalam jumlah yang banyak serta dalam masa yang lebih singkat.
Comments
Post a Comment