Nak kerja lepas SPM
Secara kebiasaannya selepas SPM pelajar akan sambung ke peringkat yang lebih jauh. Itu mungkin fikiran kita tapi tak semua orang begitu. Semuanya bergantung keadaan status semasa sosioekonomi setiap keluarga yang berbeza. Rezeki masing-masing.
Kepada lepasan sekolah yang tidak ingin sambung pengajian. Tetapi ingin terus bekerja dan masih mendapat sijil kemahiran, boleh sertai Academy in Industry (AiI).
Di bawah AiI, 200 syarikat besar dan dari pelbagai kemahiran telah ditauliahkan untuk melatih, menggaji dan mensijilkan anak-anak muda yang memohon. Pemohon boleh kerja seawal 18 tahun dan berpotensi menerima gaji bersih sekitar RM2,000 sebulan.
Insentif penempatan disediakan agar pemohon tidak terbeban dengan deposit rumah sewa. Insentif-insentif lain juga disediakan.
Sasaran 20,000 pekerja sertai AiI menjelang akhir 2023.
Kepada lepasan sekolah yang ingin memohon di portal rasmi Academy in Industry (Ail).
Comments
Post a Comment