Niat biarlah betul
Niat selalu dilupakan bila berada di luar ibadah. Solat dimulakan dengan niat. Puasa pun sama, itupun kadang terlupa sebab tu ada niat sebulan puasa selain niat setiap hari.
Setiap hari bila bangun pagi kemudian mulakan hari dengan bekerja atau berniaga pun sepatutnya dimulakan dengan niat. Tanpa niat yang betul tak sempurna rasanya. Bayangkan apabila bekerja apa yang disimpan dalam kepada hanyalah kerana nak gaji. Berniaga pula seronok kerana boleh dapat untung setiap hari.
Elok jika dapat perbaiki lagi sebab dengan niat yang betul ganjarannya boleh lasting sampai ke akhirat buat bekalan di sana nanti. Pahalanya mengalir tanpa henti ibarat sungai terus mencurah-curah sehingga mati. Niat untuk dunia itu sudah pasti murni tapi nak bagi lengkap pakejkan siap-siap diakhirnya itu semuanya kerana Allah swt.
Kita bekerja kerana nak menyara keluarga itu betul. Tapi kenapa nak menyara keluarga sebab akhirnya semuanya akan mati juga. Namun biarlah mati dalam taat kepada Allah swt. Jadinya kita bekerja kerana nak menyara keluarga, suami, isteri dan anak-anak bagi mencukupkan keperluan kehidupan seharian bagi menjalani hidup sebagai muslim yang taat kepada Allah swt.
Ibarat bijak pandai berkata jika berniaga niatnya hanya nak menjual memang tak akan ke mana-mana. Niatlah berniaga kerana nak membantu menyelesaikan permasalahan orang lain in shaa Allah pasti orang akan beri perhatian.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.
Comments
Post a Comment