Jaga kesihatan makan buah dan sayur pelbagai warna
Jaga kesihatan dengan pelbagaikan makanan termasuk buah dan sayur. Tentu ingat masa belajar sekolah rendah kalau tak ingat pun anak-anak yang belajar ni bila masa buat latihan mesti tanya mak bapak. Ha... dah ingat kan. Karbohidrat untuk tenaga. Protein untuk tumbesaran. Sayur dan buah untuk vitamin dan mineral. Makanan yang seimbang perlu ada paling kurang ketiga-tiga sumber tersebut karbohidrat, protein, vitamin dan mineral.
Apa pula kaitannya dengan warna. Mungkin ramai yang belum sedar. Warna yang ada pada buah dan sayuran bukanlah warna tiruan malah ada fungsinya yang tersendiri. Biasanya warna - warna tersebut merupakan sebatian antioksida atau bahasa mudahnya bahan yang ada fungsi detoks.
Lain warna menunjukkan sebatian yang berbeza dengan kepelbagaian fungsi detoks. Contoh yang paling famous adalah warna jingga yang ada pada lobak ada fungsi untuk pemulihan untuk mata. Bagitu juga dengan kobis ungu, bunga talang, bayam merah, buah naga dan pelbagai lagi jenis tanaman yang tidak terhingga. Jadi lebih banyak jenis warna sayur dan buah lebih banyak khasiat yang kita perolehi untuk kesihatan tubuh badan.
Comments
Post a Comment