Ada khasiat rupanya rumput kucing yang degil dan liat

Nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Tumbuh subur dimana sahaja tanah keliling rumah yang semua orang selalu pijak. Inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat atau Rumput Kucing.

Dia tumbuh tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu dia tumbuh balik.

Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.

AKAR direbus tiada sukatan.

Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.

Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni.

Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak-kanak lah. Bagi je anak minum.

Penyakit hati bengkak atau apa sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal.

Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela.

Khasiat DAUN pulak.

Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin jeracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan.

Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu.

Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya.

Merawat sistem saluran kencing, menyahtoksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.

Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap masuk tandas, kejap raja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, In sha Allah dengan izinnya akan mujarab.

Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah ke, boleh cuba amalkannya.

Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bila demam suhu badan akan tinggi. Boleh amalkannya.

Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan air rebusan rumput ni.

Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila sedia dengan segelar air rebusan rumput sambau ya. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya.

Demam kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titiskan kedalam mulut.

Penyakit hati bengkak atau apa sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.

Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.

In shaa Allah.

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan