Penyakit takut

 Semua orang ada penyakit takut. Tips menghadapi takut ni adalah dengan tidak melayan rasa takut tersebut. Cumanya kena ada ilmu untuk bezakan rasa takut yang baik dari rasa takut yang tak baik. Secara tabiinya kita tak perlu takut dengan perkara-perkara yang baik tapi mesti takut untuk berbuat mungkar kerana akur dengan Allah swt.

Manusia mempunyai pelbagai rasa takut. Setiap orang dengan emosi yang berbeza punya rasa takut yang unik kerana sebab-sebab personal atau segan dikata orang lain.

Ada orang takut suasana gelap.

Ada orang takut hidup sendiri.

Ada orang takut nak berkeluarga.

Ada orang takut nak ke surau atau masjid.

Ada orang takut dengan tugas atau pengalaman baru.

Ada orang takut dengan masalah yang mendatang.

Ada orang takut dengan kehidupan yang penuh cabaran.

Ada orang takut dengan masa depan.

Ada orang takut gagal.

Ada juga yang takut kejayaan.

Semua orang akan rasa takut apabila dilayan perasaan tersebut. Untuk keluar dari rasa sebegitu perlu ada kekuatan. Ramai orang berjaya keluar dari ketakutan dengan mengharap inner-self kekuatan dalam diri. Pakar-pakar motivasi tentunya memberi pelbagai tips dan rahsia memperkuatkan azam dalaman. Tapi percayalah dengan mengharap hanya kekuatan dari Allah swt barulah hati akan berasa tenang. Doa dan haraplah padaNya.

Setelah berjaya berazam dan berdoa setelah itu terus buat tindakan dengan harapan berpasrah pada Allah swt akan bantu kita untuk melepasi fasa takut dan keluar ke alam yang lebih ceria.

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan