Air basuhan beras suburkan tanaman

Dalam kandungan air basuhan beras ni memang tersedia nutrients & mineral antaranya nitrogen, phosphorus, potassium, calcium, zinc, iron, proteins,
amino acids & vitamin, tapi dalam jumlah yang sangat kecil, tak dapat nak gantikan dengan fungsi baja yang biasa yang kita guna.

Untuk tumbuhan kecil/indoor mungkin cukup, tapi tak cukup untuk tanaman yang lebih besar. Jadi apa rahsia sebenar yang menyebabkan dia beri kesan yang bagus pada pertumbuhan pokok. Rahsianya terletak pada starch/kanji i.e karbohidrat yang menjadi bahan utama dia, bukan pada kandungan nutrients dia.

High starch kanji yang terkandung dalam air basuh beras ni bukannya menyediakan makanan untuk pokok, tapi pada bakteria yg amat penting iaitu lacto bacilli (strain yang sama yang ada dalam yakult). Lacto bakteria ni amat berguna utk tanaman kita. Mereka menolong perkembangan mycorrhizal fungi.

Mycorrhizal fungi pula akan hasilkan network dengan akar tumbuhan (symbiosis relationship antara tumbuhan & mycorrhizal). Fungi ini akan mengalakkan perkembangan akar dengan lebih baik, banyak & meluas secara tak langsung dapat meningkatkan tahap penyerapan air & nutrients oleh pokok.

Pokok yang ada fungi ni juga tempoh jangkahayatnya lebih lama, lebih rintang pada patogen, tahan pada kemarau yang melampau dan banyak lagi manfaat dia. Nak lebih detail lagi korang boleh cari sendiri info pasal mycorrhizal ni, maklumat kat gugel jek.

Masuk bab cara penggunaan pula. Ada dua cara:


Cara pertama mudah je, lepas basuh terus siram.


Cara kedua yang biasa diamalkan ferment/peram dulu 3 hari (time ni beneficial microorganisms paling banyak & jumlah plant nutrients dalam tu meningkat 2 kali ganda berbanding cara pertama, lebih dari 3 hari dia akan mula menurun).


Boleh buat siram 2 minggu sekali, jangan kerap sangat nanti akan beri kesan tak bagus untuk tanaman sebab starch yang berkumpul banyak sangat akan mengundang bakteria & fungi jahat yang boleh menimbulkan masalah root rot/reput akar & masalah tanah jadi keras/air payah nak serap.

 

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan