Baja organik kulit bawang hanya dari dapur
Sebenarnya banyak manfaat yang boleh didapati dari dapur kita sendiri. Tidak satu pun yang terbuang hatta sisa makanan sekalipun melainkan semuanya berguna dan sangat mengujakan bagi yang celik. Kali ini kita sentuh mengenai kulit bawang sahaja termasuk bawang putih dan bawang merah. Jangan bazirkan dengan membuangnya. Bawang putih dan bawang memang pasti digunakan untuk memasak. Sebelum tu surirumah akan mengupas bawang terlebih dulu untuk membuang kulit-kulit bawang yang sudah mati atau lapisan yang sudah tak elok. Kalau bawang tu sudah bersih siap dari kedai maksudnya kedai runcit atau pasaraya sudah mengupas kulit bawang ini di tempat mereka. Bayangkan berapa banyak kulit bawang yang dikumpul. Namun jika dirumah, kulit-kulit bawang tadi boleh digunakan untuk membaja pokok-pokok yang ditanam disekeliling rumah dengan dua cara: Pertama ialah dengan membuat rendaman kulit bawang dan kemudian airnya disiram ke pangkal pokok. Keduanya ialah dengan cara pasif, letakkan a...