Kenapa aku stress?
Kau akan stress bila kau cuba buat kerja Tuhan. Tugas manusia niat, buat, usaha sungguh - sungguh sampai jadi tapi jadi tak jadi tu Tuhan punya kerja la suka hati Dia nak bagi atau tak. Tuhan kira semua usaha kau tu dari mula kau niat lagi. Dia melihat kepada usaha bukannya hasil akhir tu. Jadi bila dah usaha semua tu seterusnya next step serah la pulak pada Allah swt. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat kita. Kita dapat apa yang Dia mahu kita dapat dan bukan apa yang kau nak.
Tang ni lah kau rasa stress sebab tak boleh terima keputusan Dia. Jadi tolong jangan buat kerja Tuhan. Selebihnya serah je dan redha terima apa yang disuratkan untuk dapat.
Apa yang Dia beri itulah yang terbaik untuk kau. Jadi kenapa nak stress. Yang faham tu fahamlah.
Comments
Post a Comment