Mikrob jahat punca gastrik

 

Secara umum orang biasa macam kita menganggap gastrik terjadi kerana kerap skip makan. Bila seseorang terasa sibuk bekerja, kerap traveling atau memandu sehingga terlepas waktu makan akan sebabkan serangan gastrik. Itu salah satunya. Tapi tahu tak sains telah menemui sebab lain yang boleh cetuskan gastrik. Ya, antara faktor lain ialah kerana ada sejenis bakteria yang menjangkiti perut orang yang alami gastrik. Ibarat orang yang terkena keracunan makanan alami sakit perut ialah kerana adanya jangkitan bakteria atau virus. Jika dirawat dan di hapuskan bakteria maka sembuhlah.

Perasankan tidak semua orang berpuasa tidak makan dan minum tapi tak kena gastrik. Begitu juga orang gelandangan yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang mengharapkan ihsan tidak dapat makan cukup seperti orang lain namun tidak pula gastrik semuanya.

Ada teori gastrik ini disebabkan ketidakseimbangan bakteria dalam perut atau dipanggil gut mikrobiome. Boleh gugel dan buat sedikit penyelidikan. Secara hipotesis bagi yang ada gastrik boleh cuba makan probiotik atau bakteria baik untuk seimbangkan kembali bakteria jahat yang ada dalam perut. Boleh juga cari makanan prebiotik seperti manna atau arabic gum. Boleh cari di farmasi atau Shopee. Untuk capai keseimbangan elok ambil probiotik dalam jangka masa panjang sehingga terasa sihat semula.

Walaubagaimanapun hati-hati bila mengambil minuman kultur probiotik sebab kandungan gula yang tinggi akan sebabkan implikasi lain pula seperti diabetis dan kanser.

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan