Baja organik kulit bawang hanya dari dapur

Sebenarnya banyak manfaat yang boleh didapati dari dapur kita sendiri. Tidak satu pun yang terbuang hatta sisa makanan sekalipun melainkan semuanya berguna dan sangat mengujakan bagi yang celik. Kali ini kita sentuh mengenai kulit bawang sahaja termasuk bawang putih dan bawang merah. Jangan bazirkan dengan membuangnya.

Bawang putih dan bawang memang pasti digunakan untuk memasak. Sebelum tu surirumah akan mengupas bawang terlebih dulu untuk membuang kulit-kulit bawang yang sudah mati atau lapisan yang sudah tak elok. Kalau bawang tu sudah bersih siap dari kedai maksudnya kedai runcit atau pasaraya sudah mengupas kulit bawang ini di tempat mereka. Bayangkan berapa banyak kulit bawang yang dikumpul.

Namun jika dirumah, kulit-kulit bawang tadi boleh digunakan untuk membaja pokok-pokok yang ditanam disekeliling rumah dengan dua cara:

Pertama ialah dengan membuat rendaman kulit bawang dan kemudian airnya disiram ke pangkal pokok.

Keduanya ialah dengan cara pasif, letakkan atau campakkan je kulit-kulit bawang tersbut dipangkal pokok. Kulit-kulit bawang ni akan mereput perlahan-lahan di atas tanah sebagai mekanisme slow-release. Bila hujan pula membawa air kulit bawang ke dalam tanah dekat dengan akar untuk diserap.

Khasiat kulit bawang ni tak perlu nak cerita kat sini sebab dah banyak cerita dalam internet. Apa yang korang perlu buat sekarang ialah jangan lagi anggap kulit bawang ni sampah dan buang dalam tong.

Mula kumpulkan kulit dan kupasan bawang dalam satu bekas dan bila ada masa letak je kat tanaman kat rumah tu macam kunyit, serai, cili, sayur dan lain-lain. Kulit bawang ni juga boleh di letak pada pokok-pokok buah apalgi kalau pokok tu belum pernak buah. Letak banyak-banyak. Lepas tu niat dan doa agar buahnya nanti nak beri keluarga dan jiran-jiran nak merasa.

Kalau nak dapatkan kulit bawang dalam jumlah banyak boleh je ke kedai runcit waktu pekedai tengah kupas bawang tu minta macam tu sahaja percuma untuk dijadikan baja kulit bawang.

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan