Jangan cari bahagia selain Allah swt

Selalunya bahagia yang dicari adalah berbentuk material. Hati gelisah cari pagawam nonton movie. Menonton movie tidak salah. Mencari bahagia pada movie itu yang tidak kena pada tempatnya. Bahagia yang menjelma sekejap sahaja pada waktu seronok movie memaparkan cerita. Habis movie habislah bahagia. hati kembali menggelisah. Ada yang cari bahagia dengan jalan-jalan cari makan sedap. Sama juga bahagianya cuma datang semasa mengunyah makanan yang ditelan kat tekak lalu masuk ke perut. Sedapnya. Tak salah makan sedap. Yang tak kena mencari bahagia dengan cara itu. Bahagia abadi letaklah dan sandarkan pada Allah swt. Hanya dengan ingat Allah swt maka hati menjadi tenang. Buatlah nonton movie atau makan-makan sedap lalu sandarkan pada Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan