Bunga cengkih rencat demam, batuk, selsema anak
Bunga cengkih biasanya digunakan dalam masakan. Itulah hebatnya orang dulu-dulu buat resepi masakan semuanya menggunakan herba dan rempah yang ada nilai-nilai kesihatan. Cumanya kita ingat semua tu hanya nak sedapkan masakan je tapi sebenarnya ada khasiat disebalik tu. Makan sedap tapi pada masa sama ada nilai kesihatan.
Lihat sahaja kunyit, halia, daun kesom, bunga kantan, limau purut, serai, asam keping dan pelbagai lagi semuanya ada nilai kesihatan yang tersendiri. Sebab tu kalau makan tomyam aku akan makan semua yang boleh telan dari kuah, isi sampailah rencah herba cuma batang serai je la yang tak larat nak kunyah.
Jadi tak heran jika ada antara orang-orang yang try eskperimen dengan cengkih ni untuk rencatkan demam, batuk dan selsema. Elakkan sebut sebagai ubat. Silap-silap KKM cari kita tanya bukti serta data dah buat penyelidikan ke. Sebut je sebagai remedi. Secara semulajadi antioksida memang mampu detoks dan ada ciri-ciri antimikrobial. Jadi cengkih ada bahan antoksida ini dan tak mustahil berkesan menghapuskan sebahagian bakteria dan virus tertentu.
Usaha kita adalah mencuba dan jangan lupa dengan aplikasi dos yang betul. Yang eloknya bahan semulajadi ni kita tak perlu khuatir sangat side effect yang penting mula dengan dos rendah. Cadangannya ambil 3 bunga cengkih masuk dalam satu jag air. Tak nak terasa sangat boleh letak satu uncang teh bagi yang dewasa. Untuk anak-anak boleh kreatif letak madu kelulut ke kan tapi jangan banyak sangat nanti over dose.

Bagi demam kuat bagi orang dewasa boleh cuba kemam bunga cengkih terus dalam mulut atau kunyah terus telan. Macam biasa mula dos rendah. Mulakan dengan satu dulu. Maksimum pula enam. Lagi satu jangan lupa jumpa doktor jika keadaan tak mengizinkan. Sentiasa seimbangkan keperluan kesihatan antara tradisional dan konvensional.
Jangan lupa minta kesembuhan dari Allah swt. Penyakit tu datang dari Allah swt dan kepada Allah swt kita minta kesembuhan.
Comments
Post a Comment