Kisah disebalik ikan masin. Ikan sewaktu hidupnya di laut tidaklah masin walaupun setiap hari setiap saat hidupnya berada dalam air masin. Tapi apabila sudah mati dilumur garam lalu menjadi ikan masin.
Ada satu lagi perumpamaan...
Kapal tidak tenggelam kerana air disekelilingnya, kapal tenggelam kerana air yang masuk ke dalamnya
Maksudnya
Jangan biar apa yang terjadi di sekelilingmu masuk ke dalam fikiranmu dan memberatkanmu
Begitu juga manusia selagi masih hidup berlalulah sebesar mana ujian pun tabahlah menghadapi dan tepis semuanya yang negatif ke tepi. Jangan dihirau umpatan kejian orang lain dan terus fokus dengan hala tujuan hidup.
Manusia yang mudah terpengaruh dan mudah terikut dengan trending orang lain apatah lagi anasir tidak baik adalah manusia yang jiwanya sudah mati serta terlalu mudah goyah.
Comments
Post a Comment