Mencari pendapatan tambahan

Topik duit ni memang menjadi feveret ramai. Semua orang nak tambah pendapatan cuma tak ramai yang nak tahu merancang kewangan. Apabila dimajukan pendapat agar menyimpan ramai yang asyik mengeluh dan memberi pelbagai alasan. Sebabnya jika banyak mana pun kita cari dan tambah akhirnya tak tahu ke mana pergi semuanya maka tidak akan ke mana-mana.

Kemanisan perasaan berduit itu tidak ada. Gaji tiap bulan masuk bila tidak ditapis hasil akhirnya adalah zero. Tips orang berduit adalah membuat simpanan tak kisah pun gaji banyak mana tapi tetap istiqomah menyimpan serta sentiasa menilai apa yang perlu boleh diteruskan tapi mana yang tidak perlu hendaklah berani di tahan dan dihentikan agar boleh disimpan dan secara tak sedar pendapatan bertambah.

Tips untuk gandakan simpanan cara pasif pula adalah dengan melabur. Maksudnya strateginya ialah simpanan atau saving tadi simpan dalam akaun yang ada elemen pelaburan. Simpanan dalam akaun bank tidak akan membawa banyak faedah. Dari tahun ke tahun nilai matawang akan menurun dan ini akan sebabkan simpanan kita menyusut walaupun simpanan tidak keluar dari bank.

Sebab itu pelaburan dapat pastikan nilai simpanan kita tidak menyusut malah makin bertambah. Jadi fokus sahaja dulu dengan pekerjaan dan gaji sedia ada dengan merancang kewangan membuat simpanan secara disiplin dan istiqomah kemudian cari platform pelaburan yang dipercayai prestasinya. Paling pasif platform yang kukuh dan stabil adalah seperti Tabung Haji dan ASNB. Bila dah konsisten simpan target next adalah tambahkan simpanan lagi dan lagi.

Lebih banyak simpan lebih banyak keuntungan walaupun agak perlahan. Namun jika tak sanggup menunggu lama kena gerak cari kaunter pelaburan yang agresif namun hati-hati dengan risikonya.

Comments

Popular posts from this blog

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Batuk, Selsema, dan Kahak: Tanda, Punca, dan Rawatan