Posts

Showing posts from May, 2024

Elak stress dengan besarkan Allah, kecilkan masalah boleh kasi selesai

Dalam zaman yang bergerak serba pantas, kita seringkali terpedaya dengan arus kehidupan yang bergerak tanpa henti tanpa memberikan kita peluang untuk berfikir sejenak untuk muhasabah diri atau ambil masa untuk merenung termenung memikirkan tentang banyak perkara. Setiap langkah kehidupan yang diambil kadangkala terburu-buru tanpa sempat mengambilkira banyak sudut pendapat samada dari manusia malah ada yang mengabaikan Tuhan hanya kerana membuang masa katanya. Solat dan beribadah seperti biasa cumanya jiwanya tetap percaya pada usaha manusia semata. Kehidupan ini pada sesetengah orang cuma kehidupan yang mekanikal. Semuanya amat teknikal dan bergantung kepada strategi. Ini menjadikan dunia hari ini sangat materialistik dan menekan kehidupan bagi yang menganggap dunia ini monster yang setiap hari hanya mencari mangsa. Maka semakin hari semakin ramai yang mengalami penyakit mental, anxiety disorder, panic attack dan pelbagai lagi penyakit emosi kerana tidak tahu bagaimana nak men...

Renew pasport atas talian (renew pasport online)

Berita baik bagi yang dah ada passport tapi bila nak pakai rupa-rupanya dah expired. Korang tau tak sekarang imegresen dah ada sistem MyOnline Pasport. Nak renew passport sekarang dah tak perlu tergesa-gesa nak atur cuti atau keluar pejabat senyap-senyap tanpa pengetahuan bos. Semuanya dah boleh mohon pembaharuan passport secara online cuma bila nak kutip nanti kena la datang ke pejabat imegresen setakat ni belum lagi buka pada runner atau ejen untuk kutip dan hantar. Dah tak sabar nak tau caranya? Mula-mula sekali klik portal imigresen-online.imi.gov.my Kemudian Upload gambar ukuran betul. Jangan risau semuanya ada dinyatakan pada laman web. Boleh guna gambar sedia ada cuma pastikan tak lama sangat gambar tu hingga beza sangat nampak muka tu. Pastikan Background gambar putih dan memakai baju gelap. Bayaran sebanyak RM200 bergantung kepada jenis passport yang kita buat boleh dibuat secara fpx. Setelah lengkap permohonan satu emel akan dihantar sekiranya permoho...

Ada khasiat rupanya rumput kucing yang degil dan liat

Image
Nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Tumbuh subur dimana sahaja tanah keliling rumah yang semua orang selalu pijak. Inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat atau Rumput Kucing. Dia tumbuh tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu dia tumbuh balik. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya. AKAR direbus tiada sukatan. Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya. Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak-kanak lah. Bagi je anak minum. Penyakit hati bengkak atau apa sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan b...

Sirih cina banyak khasiat bukan setakat rumpai liar

Image
Ketumpang air atau sirih cina merupakan tanaman herba kaya khasiat. Namun, ramai beranggapan tanaman ini adalah rumpai liar kerana ia mudah tumbuh serta selalu sangat muncul di celah-celah tanaman lain. Ianya ibarat paku pakis dan cendawan yang boleh muncul tiba-tiba dimana-mana sahaja di kawasan yang ia mudah tumbuh dan tersebar. Hakikatnya, tanaman herba ini mempunyia kandungan asid amino, lysine, leucine dan isoleucine yang tinggin dan pelbagai lagi. Antara penyakit yang berupaya di rawat dengan menjadikan ketumpang air ini sebagai ramuan adalah seperti: 01 - Merawat gout 02 - Penawar sakit sendi dan perut 03 - Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata 04 - Mengubati dan meredakan cirit-birit 05 - Meredakan batuk 06 - Meredakan demam (ramas dengan sedikit air dan sapukan dikepala) 07 - Merawat buasir 08 - Melegakan selsema 09 - Merawat jangkitan pada pundi kencing 10 - Merawat Kayap 11 - Alternatif kepada ubatan darah tinggi 12 - Merawat kencing manis  

Tukar daun kering jadi baja kompos

Image
Banyaknya orang tak mahu simpan sampah kebun dalam kawasan rumah sebab nampak semak. Itu sebab banyak daun kering dibungkus dalam plastik hitam dan diletak sama dengan sampah lain untuk Alam Flora kutip. Ramai yang tak sedar manfaat daun kering ni sebab tak ada ilmu lalu sampah kebun pun dihantar ke tapak pelupusan sampah. Nampak sangat yang masyarakat kita sangat kurang ilmunya walhal ilmu teknik kompos ni sudah ada sampai tahap phD tapi tak ramai pun yang amalkan. Sebagai negara membangun ke arah negara maju setiap rakyat perlu tahu dan praktikkan pelupusan sampah secara hands on dirumah masing-masing dan bukan tolak bulat-bulat pada majlis perbandaran. Bagi yang suka tanam pokok keliling rumah sampah kebun yang paling banyak dah tentu daun keringnya. Cara paling mudah komposkan daun kering adalah buat pile up daun kering. Ini cara paling pasif yang mana daun akan mereput secara perlahan dengan bantuan organisma tanah. Ada lain cara jika nak cepat ialah dengan masukkan daun ...

Tabung simpanan kecemasan untuk kebahagiaan keluarga

Image
Maksud wang simpanan kecemasan merujuk kepada dana atau jumlah wang yang disimpan untuk tujuan menghadapi keadaan darurat atau kejutan kewangan yang mungkin berlaku dalam hidup sesebuah keluarga. Ini adalah wang yang disimpan secara khusus untuk digunakan dalam situasi-situasi yang tidak dijangka, seperti kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan yang mendadak, atau perbelanjaan tak terduga. Contoh yang boleh difikirkan adalah seperti pembelian laptop atau peranti digital untuk anak apabila sekolah menyarankan pembelanjaran secara online. Memiliki wang simpanan kecemasan adalah penting kerana ia dapat membantu meringankan kesan kewangan dalam keadaan darurat. Tanpa atau tiada simpanan kecemasan, sebuah keluarga mungkin terpaksa bergantung kepada hutang atau penarikan dari pelaburan jangka panjang atau insuran yang mungkin mempunyai kesan negatif terhadap kewangan mereka pada masa akan datang. Berapa banyak atau peratus wang yang perlu disimpan sebagai simpanan kecemasan boleh be...

Manfaat air rendaman kulit bawang pembasmi serangga

 Biasanya orang buang je kulit bawang ni. Tak kesahla di rumah, atau kedai runcit. Setelah selesai mengupas bawang, memang kulitnya akan masuk tong sampah. Tahu tak korang boleh eksperimen dengan kulit bawang ni untuk basmi serangga. Caranya ambil kulit bawang ke dalam bekas air dan biarkan selama semalaman. Kemudian spray air kulit bawang kepada pokok.

Makan bawang putih untuk kawal tekanan darah tinggi

Bawang putih (Allium sativum) telah lama digunakan dalam berbagai budaya tradisional sebagai suplemen makanan dan rempah-rempah. Beberapa penelitian awal menunjukkan bawang putih mungkin memiliki kesan positif pada kesihatan, termasuk potensi dalam membantu mengendalikan tekanan darah tinggi (hipertensi). Bawang putih mengandung allicin, yang dianggap memiliki sifat antioksidan dan antiinflamasi, yang mungkin menyumbang pada potensi manfaat ini. Namun, kesan bawang putih pada tekanan darah adalah lebih rendah dibandingkan dengan ubat perubatan moden. Diketahui juga tiada ubat untuk darah tinggi melainkan hanya dengan mengawal. Ubat moden juga begitu. Jadi berbanding makan ubat kimia rasanya lebih bagus makan suplemen dari bahan semulajadi. Perlu dibiasakan makanan pemakanan bahan semulajadi sebagai amalan harian baharulah kesannya akan nampak dan berhasil tanpa kesan sampingan. Bawang putih banyak diguna dalam masakan jadi sepatutnya tiada masalah untuk amalkan makan bawang putih. Tap...

Cara nak gandakan duit simpanan

 Pilihlah cara untuk melabur duit dengan etika bergantung kepada matlamat kewangan, tahap risiko yang sanggup ditanggung, dan pengetahuan yang ada mengenai pelbagai jenis pelaburan. Terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan: Saham. Melabur dalam saham syarikat boleh memberikan pulangan yang tinggi, tetapi juga mempunyai risiko yang lebih tinggi. Dana pelaburan. Pertimbang untuk melabur dalam dana yang dikendalikan oleh pengurus dana profesional. Terdapat dana indeks yang mengikut prestasi pasaran keseluruhan. Harta tanah. Melabur dalam hartanah boleh memberikan pulangan jangka panjang, tetapi memerlukan modal yang besar. Pelaburan alternatif. Ini termasuk emas, mata wang kripto, dan benda lain. Risikonya lebih tinggi dan memerlukan pengetahuan yang mendalam. ASB atau simpanan tetap. Untuk pelaburan dengan risiko rendah, boleh mempertimbangkan Amanah Saham Bumiputera atau program simpanan tetap di bank dan Tabung Haji. Sebelum melabur, pastikan fa...

Cara simpan duit gaji bulanan

Image
Menyimpan duit dari gaji bulanan memerlukan perancangan kewangan yang baik. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil: Membuat perancangan anggaran mengikut keperluan. Tentukan perbelanjaan bulanan anda secara terperinci. Pecahkan anggaran untuk keperluan asas seperti sewa/rumah, makanan, pengangkutan, utiliti, dan bayaran bulanan lain. Dengan cara ini kita dah tahu tidak boleh belanja lebih dari apa yang telah ditentukan. Simpan terlebih dahulu bukan belanja dahulu baru nak simpan jika ada lebihan. Setelah anda menerima gaji, simpan jumlah tertentu sebagai simpanan sebelum memulakan perbelanjaan. Ini membantu anda mengutamakan menyimpan duit sebelum pengeluaran. Set simpanan secara automatik agar tidak terlupa. Pilih untuk alihkan sejumlah wang dari akaun gaji ke akaun simpanan secara automatik setiap kali anda menerima gaji. Ini mengelakkan kecenderungan untuk menggunakan duit yang sepatutnya untuk disimpan kerana awal-awal lagi dah asingkan. Cari simpana...

7 jenis rezeki yang ramai tak tahu

Image
Rezeki kerana usaha rujuk surah An-Najm 53:39, Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya Rezeki kerana istighfar rujuk surah Nuh 71:10-11, Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Rezeki kerana anak rujuk surah Al-Israa' 17:31, Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Rezeki kerana berkahwin rujuk surah An-Nuur 24:32, Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya...

Air basuhan beras suburkan tanaman

Dalam kandungan air basuhan beras ni memang tersedia nutrients & mineral antaranya nitrogen, phosphorus, potassium, calcium, zinc, iron, proteins, amino acids & vitamin, tapi dalam jumlah yang sangat kecil, tak dapat nak gantikan dengan fungsi baja yang biasa yang kita guna. Untuk tumbuhan kecil/indoor mungkin cukup, tapi tak cukup untuk tanaman yang lebih besar. Jadi apa rahsia sebenar yang menyebabkan dia beri kesan yang bagus pada pertumbuhan pokok. Rahsianya terletak pada starch/kanji i.e karbohidrat yang menjadi bahan utama dia, bukan pada kandungan nutrients dia. High starch kanji yang terkandung dalam air basuh beras ni bukannya menyediakan makanan untuk pokok, tapi pada bakteria yg amat penting iaitu lacto bacilli (strain yang sama yang ada dalam yakult). Lacto bakteria ni amat berguna utk tanaman kita. Mereka menolong perkembangan mycorrhizal fungi. Mycorrhizal fungi pula akan hasilkan network dengan akar tumbuhan (symbiosis relationship antara tumbuhan ...

Racun serangga perosak secara organik tanpa kimia

Simple dan cepat. Tak sampai 5 minit dah siap. Namun kesannya sangat power. Untuk kawalan organik, kita akan guna pati cili padi + bawang putih + halia. Cara buat pati ni sangat-sangat mudah. Untuk kapasiti 10 liter, bahan-bahannya: Cili padi masak 50 biji. Bawang putih 10 ulas. Buang kulit ya. Sedikit halia. Main agak-agak je, lebih kurang sama berat dengan bawang putih. Air bersih 1 + 9 liter. Cara buatnya cukup senang. Masukkan cili padi, bawang putih dan halia ke dalam blender. Kemudian masukkan 1 liter air ke dalam blender tersebut. Kisar hingga lumat. Biarkan 2-3 minit. Lepas tu tapis. Ambil cecair sahaja. . Cara nak guna pulak macam ni, Masukkan 9 liter air ke dalam alat penyembur. Masukkan semua pati tadi ke dalam alat penyembur. Masukkan 30 ml mol subur (nisbahnya 3 ml mol / 1 liter air). Masukkan 30 ml mol ikan (nisbahnya 3 ml mol / 1 liter air). Kacau hingga sebati. Biarkan 2-3 minit. Spray pada...

Bukan semua cendawan boleh makan ada yang beracun

Teringat dulu-dulu makan cendawan yang tumbuh dalam kebun kelapa sawit. Memang sedap goreng saje atau buat sup sampai hari ni terbayang kesedapannya. Tapi hati-hati bukan semua cendawan yang muncul selepas hujan boleh dimakan kesemuanya sebab ada yang beracun. Ciri-ciri cendawan beracun: kat batang ada cincin banyak debu spora dan langsung tak ada ulat yang makan cendawan dan tak ada semut pun yang teringin kerumun cendawan tu Kalau teringin juga nak makan cendawan, beli je lah dari kedai runcit atau pasaraya.

Nak kerja lepas SPM

 Secara kebiasaannya selepas SPM pelajar akan sambung ke peringkat yang lebih jauh. Itu mungkin fikiran kita tapi tak semua orang begitu. Semuanya bergantung keadaan status semasa sosioekonomi setiap keluarga yang berbeza. Rezeki masing-masing. Kepada lepasan sekolah yang tidak ingin sambung pengajian. Tetapi ingin terus bekerja dan masih mendapat sijil kemahiran, boleh sertai Academy in Industry (AiI). Di bawah AiI, 200 syarikat besar dan dari pelbagai kemahiran telah ditauliahkan untuk melatih, menggaji dan mensijilkan anak-anak muda yang memohon. Pemohon boleh kerja seawal 18 tahun dan berpotensi menerima gaji bersih sekitar RM2,000 sebulan. Insentif penempatan disediakan agar pemohon tidak terbeban dengan deposit rumah sewa. Insentif-insentif lain juga disediakan. Sasaran 20,000 pekerja sertai AiI menjelang akhir 2023. Kepada lepasan sekolah yang ingin memohon di portal rasmi Academy in Industry (Ail) .

Nak renew lesen online je pun

 Dulu nak renew lesen jenuh la beratur di pejabat pos atau JPJ. La ni dengan kemudahan yang terkini tak perlu lagi terkejar-kejar ke kaunter ambil nombor dan tunggu pulak tu. Semuanya dengan kemudahan dihujung jari dah boleh dibuat secara online. Caranya dengan mengunjungi link kat bawah ni. https://public.jpj.gov.my/public/login.zul Dan yang bestnya sekarang ni jugak dah tak perlu bawa lesen fizikal. Yelah bila semua dah renew lesen online jadi lesen pun dah tak ada kad fizikal. Nak lihat lesen digital pula ialah dengan install je apps MyJPJ. Kan mudah dan senang.

Resepi air buah sparkling sihat untuk detoks

 Ramuan: 300 g potongan buah 1 hirisan tebal lemon 5 helai daun mint 1 cawan aiskrim soda 1 batang serai kecil Cara buat: Masukan potongan buah, 2 helai daun mint dan ais krim soda ke dalam blender. Kisar hingga halus, tuangkan kedalam gelas berisi ais. Masukkah hirisan lemon dan serai yang telah diketuk. Letak 3 helai daun mint sebagai hiasan. Siap untuk diminum. Sungguh menyegarkan!

Jaga kesihatan makan buah dan sayur pelbagai warna

Jaga kesihatan dengan pelbagaikan makanan termasuk buah dan sayur. Tentu ingat masa belajar sekolah rendah kalau tak ingat pun anak-anak yang belajar ni bila masa buat latihan mesti tanya mak bapak. Ha... dah ingat kan. Karbohidrat untuk tenaga. Protein untuk tumbesaran. Sayur dan buah untuk vitamin dan mineral. Makanan yang seimbang perlu ada paling kurang ketiga-tiga sumber tersebut karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Apa pula kaitannya dengan warna. Mungkin ramai yang belum sedar. Warna yang ada pada buah dan sayuran bukanlah warna tiruan malah ada fungsinya yang tersendiri. Biasanya warna - warna tersebut merupakan sebatian antioksida atau bahasa mudahnya bahan yang ada fungsi detoks. Lain warna menunjukkan sebatian yang berbeza dengan kepelbagaian fungsi detoks. Contoh yang paling famous adalah warna jingga yang ada pada lobak ada fungsi untuk pemulihan untuk mata. Bagitu juga dengan kobis ungu, bunga talang, bayam merah, buah naga dan pelbagai lagi jenis tanaman y...

Penyakit takut

 Semua orang ada penyakit takut. Tips menghadapi takut ni adalah dengan tidak melayan rasa takut tersebut. Cumanya kena ada ilmu untuk bezakan rasa takut yang baik dari rasa takut yang tak baik. Secara tabiinya kita tak perlu takut dengan perkara-perkara yang baik tapi mesti takut untuk berbuat mungkar kerana akur dengan Allah swt. Manusia mempunyai pelbagai rasa takut. Setiap orang dengan emosi yang berbeza punya rasa takut yang unik kerana sebab-sebab personal atau segan dikata orang lain. Ada orang takut suasana gelap. Ada orang takut hidup sendiri. Ada orang takut nak berkeluarga. Ada orang takut nak ke surau atau masjid. Ada orang takut dengan tugas atau pengalaman baru. Ada orang takut dengan masalah yang mendatang. Ada orang takut dengan kehidupan yang penuh cabaran. Ada orang takut dengan masa depan. Ada orang takut gagal. Ada juga yang takut kejayaan. Semua orang akan rasa takut apabila dilayan perasaan tersebut. Untuk kelu...

Niat biarlah betul

 Niat selalu dilupakan bila berada di luar ibadah. Solat dimulakan dengan niat. Puasa pun sama, itupun kadang terlupa sebab tu ada niat sebulan puasa selain niat setiap hari. Setiap hari bila bangun pagi kemudian mulakan hari dengan bekerja atau berniaga pun sepatutnya dimulakan dengan niat. Tanpa niat yang betul tak sempurna rasanya. Bayangkan apabila bekerja apa yang disimpan dalam kepada hanyalah kerana nak gaji. Berniaga pula seronok kerana boleh dapat untung setiap hari. Elok jika dapat perbaiki lagi sebab dengan niat yang betul ganjarannya boleh lasting sampai ke akhirat buat bekalan di sana nanti. Pahalanya mengalir tanpa henti ibarat sungai terus mencurah-curah sehingga mati. Niat untuk dunia itu sudah pasti murni tapi nak bagi lengkap pakejkan siap-siap diakhirnya itu semuanya kerana Allah swt. Kita bekerja kerana nak menyara keluarga itu betul. Tapi kenapa nak menyara keluarga sebab akhirnya semuanya akan mati juga. Namun biarlah mati dalam taat kepada Allah ...

Puasa malam cara atasi perut buncit

Untuk memahami fenomena ini ialah dengan mengkaji puncanya. Cuma perut buncit ini ada pelbagai jenis. Salah satunya buncit ini mula timbul apabila fungsi badan dah menjadi semakin slow untuk maintain dalam keadaan tip top. Masalahnya walaupun fungsi badan dah sedikit menurun tapi kita masih makan ikut tahap yang lama. Patutnya bila badan dah slow, makan pun pun ikut sama slow. Tapi tidak, makan lagi banyak pulak bila usia makin tua. Semakin parah lagi bila badan dah slow, makan tetap tak slow dan pilih pulak waktu malam-malam untuk mencari makanan yang sedap-sedap makan kat luar. Bila kita makan malam lewat setelah melepasi jam 6 malam, badan akan ambil masa lebih sedikit untuk mencerna apatah lagi badan tak gerak tak guna banyak tenaga berbanding hari siang badan banyak bergerak dan guna tenaga jadi makanan yang kita makan akan bekalkan kita tenaga untuk bekerja disiang hari. Jadi antara solusi bagi yang buncit tegar tu adalah tidak lain tidak bukan dengan mengurangkan input ...

Rezeki itu di hati

Jangan engkau mengira rezeki itu hanya berupa sesuatu yang berkaitan dengan badan. Rezeki badan ini akan musnah dan semua manusia akan meninggal dunia dan hartanya akan lenyap. Hakikat rezeki adalah rezeki yang ada di hati. Barangsiapa yang diberikan oleh Allah swt rasa cukup di hatinya maka inilah orang diberikan rezeki yang sebenarnya. Oleh kerana itu ingatlah firman Allah swt, barangsiapa yang beriman baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman niscaya Dia memberikannya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Dia akan membalas mereka dengan ganjaran yang lebih baik sesuai dengan apa yang telah manusia kerjakan. Boleh rujuk ayat 97 - Surah An-Nahl. Allah tidak mengatakan Dia akan memberikan harta yang banyak tapi Allah swt mengatakan Dia akan memberikan kehidupan yang baik, hati yang sentiasa merasa senang, kondisi yang nyaman, jiwa yang tenang meskipun dia tidak makan sehari semalam kecuali hanya sekali sahaja. Namun itulah orang yang diberikan kesenangan dan ke...

Kitar semula makanan tugas semua lapisan masyarakat

Mengelakkan pembuangan lebihan makanan adalah satu langkah berkat dalam hidup. Dalam zaman serba mudah makanan sangat mudah diperolehi dimana-mana. Makanan di beli atau dimasak setiap hari pada masa yang sama lebihan makanan sedia ada samada masih tersimpan dalam peti sejuk atau dibuang sahaja ke dalam tong sampah. Namun ditempat yang lain kebuluran dan kemiskinan masih ada dan tersembunyi. Ketidakseimbangan ini terjadi secara terus terusan. Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing yang boleh di perjuangkan dan tidak perlu tunggu NGO atau kerajaan untuk laksanakan. Setiap orang samada di setiap rumah, gerai jual makanan, kedai makan, restoran, hotel dan sebagainya perlu berfikir dan bergerak untuk hasilkan satu tindakan close loop waste management di tempat masing-masing. Pertamanya makanan harian perlu disediakan dalam jumlah yang secukupnya untuk dimakan pada hari yang sama. Jangan salah faham dengan sediakan makanan sampai kenyang perut secukup-cukupnya sampai tak cukup...